Pernah tak korang terjumpa dengan ex korang dan terfikir, “Was I drunk the whole relationship?”. Aku
pernah. Ayat tu memang kena sangat dengan situasi
aku jika aku teringat kembali dengan hubungan aku yang lepas. Dalam
banyak-banyak lelaki kat Malaysia ni, kebetulan pula aku selalu terkena dengan
lelaki yang hampeh tahap dewa la. Bila aku fikir balik pasal kisah lama,
seriously aku menyesal. Buang masa aku je. Aku ni bukanlah jenis yang memilih
sangat tapi kalau perangai dah macam syaitan, perempuan mana lah yang nak kan? Banyak
dah jenis- jenis lelaki yang aku dah jumpa. Contohnya :
- Yang suka pukul awek. Species ni la yang paling dayus dan yang paling tak boleh dijadikan suami. Kaum perempuan memang lemah. Tapi kalau ada apa-apa hal yang tak puas hati, bincang la bagus-bagus. Ni tak, gaduh sikit.. Mula lah tu nak tampar awek la, nak tumbuk la. Apa la korang ni. Dayus betul la.
- Yang perasan bagus. Species ni buat semua orang menyampah. Bukan apa, nak harap muka, datuk aku lagi handsome. Nak cakap kaya, kalau setakat kerja office boy @ mat despatch je, sekali je awek dorang bawa dating, terus habis gaji bulan tu. Tak yah la nak perasan bagus. Takde orang puji pun. :p
- Yang suka berfoya-foya. Species ni.. eeee.. aku pun geram la nak cakap pasal species ni. Korang tengah seronok berdating, tiba-tiba ada sorang awek cantik lagi seksi lalu depan korang. Mata si boyfriend ni pun terus meliar sedangkan awek kat sebelah je. Apa tak meletup awek dia.
- Yang suka melibatkan keluarga. Hah.. yang species ni pun aku benci gak. Asal gaduh je, mesti nak libatkan seluruh kaum kerabat dia. Tak boleh ke setelkan sendiri? Macam budak kecik je aku tengok.
- Yang tak setia. Aku paling pantang species ni. Kalau dah ada awek tu, buat la cara ada awek. Ni tak. Pantang ada perempuan cantik sikit, mula lah dia dengan gaya-gaya singlenya tu. Tapi nanti dah terkantoi, awek dia maafkan juga. Lepas tu, buat lagi. Pasal yang tu, aku no komen. HAHA
- Yang egonya tinggi. Lelaki yang begini susah nak dikawal. Tak kira la dalam apa-apa hal, mesti dia je yang betol. Apa awek dia cakap semuanya salah. Perkataan ‘bertolak ansur’ memang tak wujud dalam kamus dia. Ego yang tinggi la yang selalunya menyebabkan orang yang bercouple ni break up.
Dan yang terakhir,
- Yang controlling a.k.a king control. Hahaha. Yang ni, aku nak minta maaf sikit sebab kalau perempuan yang suka nak control si boyfiee dia, kita panggil Queen control. Bagi yang lelaki, aku panggil King control je la ek? :p Jenis ni paling aku tak tahan. Aku pernah terkena yang jenis ni. Nak gila rasanya. Semua perkara yang aku buat, dia nak control. Dari segi pemakaian, pemakanan, percakapan. Pendek kata, semua la. Yang lagi teruk, kalau nak keluar makan dengan family pun kena marah. Kalau nak keluar, mesti dengan dia ja. Hampeh..
Tapi at last, aku terjumpa dengan sorang ni. Baik giler
dan langsung takde ciri-ciri seperti yang dinyatakan di atas.
Hubungan kami pun dah nak dekat dua tahun. :)
Jadi,awak- awak yang kat luar tu, berhati-hati la ketika nak bercouple
tu. Jangan la buang masa anda dengan orang yang tidak sepatutnya. :)
xx :)